Quantcast
Channel: Kirin Selama Perak » Admin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Antara Blog Yang Aku Suka Baca | Kirin Selama Perak

$
0
0

Assalamualaikum. Nampak tak kegigihan aku sehingga tiga entri satu hari. Ini pon sebab cuti. Kalau kerja, jangan haraplah aku nak update macamni. Penat oi! HAHAHA!

Nampak macam WOW! ja tajuk entri aku. Biasa la, tajuk kena bergaya tapi jangan sampai takda kena mengena dengan isi kandungan plak. Nanti pembaca marah. *bajet ramai pembaca*.HAHAHA. Sebenarnya aku bukanlah memilih untuk membaca blog tetapi ingatlah aku juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Aku ada hak untuk memilih blog kesukaan aku. Antara faktor-faktor yang menjadi pilihan aku adalah seperti berikut :-

Cara Menyampaikan
Maksud aku disini lebih kepada cara seseorang itu menaip dan mengeja. Lantaklah nak buat cerita dongeng sekalipon, pastikan ejaan tu bagi orang faham dan jangan kita sahaja yang faham apa yang kita taip. Contohnya ejaan rempit seperti itteewww, saiaaa, awuckk. Jadah apa taip macam ni? Memang kat sekolah tak belajar mengeja? Satu lagi jangan guna shortform yang RARE sehingga pembaca pening untuk memikirkan apa maksud sebenar seperti SEX! Ingatkan seks rupanya SEKALI. Sakan diknon!

Kepantasan dan Kekemasan Blog
Haa. Maksudnya disini janganlah terlalu berat sangat blog sehingga nak tunggu loading bukan main lama. Aku ni bukannya ada internet yang berkuasa tinggi. Kalau bukak pakai telefon pintar, bukan main lama nak load.Boleh buang kot widget-widget yang tak penting dan kalau ada pon, susun dengan kemas dan TOLONG mesra dengan pengguna telefon pintar. Takda la bila bukak pakai telefon pintar, bersepah atas skrin. HAHAHA

Tiada Mengaibkan Orang
Sebenarnya aku takda hak nak halang orang untuk update blog tapi sampai aibkan orang lain, tak rasa bersalah? Memang betul kubur kita lain-lain tapi mati nanti, boleh bergolek masuk kubur sendiri? Mesti perlukan bantuan orang lain kan? Aku ni taklah baik mana tetapi tak salah kalau kita sama-sama bergerak kearah kebaikkan. Ini hanya apa yang aku fikirkan. HAHAHA

Tajuk Lain, Cerita Lain
Ini salah satu kes agak berat. Kadang-kadang penulis ini terlalu mencari “rezeki” sehingga sanggup menipu pembaca. Tajuk dah gempak tetapi cerita dalam entri hampeh. Takda kena mengena dengan tajuk entri langsung. Siapa pernah kena macamni? Stress tak? HAHAHA

Pop Up
Ini masalah jugak. haiishh.. Semuanya masalah.HAHAHA. Kemain paksa orang like FB Fanpage dia setiap kali buka blog. Tak perlu paksa, kalau blog dah best orang akan sentiasa masuk dan baca dan secara automatik orang akan like sendiri dengan kerelaan hati untuk dapat update terkini tentang blog kita.

Haa. Banyak tak masalah yang aku hadapai untuk menjadi seorang blogger? Bukan senang nak menaip. Perlukan kecekalan dan kewibawaan. Bukan dengan Sign Up pastu bangga yang kita adalah seorang blogger. KAHKAHKAH!

Antara blog yang aku kerap masuk walaupon tak komen adalah:-
SATU
DUA
TIGA
EMPAT

329955640224104301013


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images