Quantcast
Channel: Kirin Selama Perak » Admin
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

ALLAH Lebih Menyayangi | Kirin Selama Perak

$
0
0

Pada 2 Oktober 2014, lahirnya seorang lagi umat Nabi Muhammad ke muka bumi yang bertuah ini. Betapa gembiranya hati seorang ibu dan seorang bapa apabila mendapat cahaya mata yang bakal menyeri hidup mereka. Aku sebagai seorang kawan juga merasa kegembiraan tersebut lalu lepas kerja aku terus ke Hospital Ampang untuk melawat.

Dari gambar diatas, dah boleh nampak macamna perasaan semua dalam gambar tersebut. Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Tidak dapat diluahkan dengan perkataan. Tiada ucapan yang boleh diungkap melainkan memanjat rasa syukur ke hadrat Illahi.

Pada 5 Oktober 2014 lebih kurang jam 4.15pagi, aku dan rakan-rakan lain dikejutkan dengan berita dari Freddie apabila beliau memberitahu keadaan anaknya tidak stabil dan keadaan bayi agak lemah sambil memohon doa rakan-rakan. Aku dengan Topek bergegas ke Hospital pada waktu melawat untuk mengetahui hal sebenar dari Fred. Kami sama-sama menyambut AidilAdha di Hospital Ampang dan ini adalah pengalaman pertama aku beraya jauh dari keluarga.

Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia.

Sekali lagi aku dikejutkan pada 6 Oktober 2014 apabila aku antara orang yang terawal tahu bahawa bayi telah dijemput oleh ALLAH SWT. Walaupon aku hanya seorang “Uncle”, hati dan perasaan sedih aku tahap maksimum sehingga mengalir airmata aku ketika dapat berita tersebut. Boleh dikatakan aku sentiasa ada bersama Freddie tak kira di Hospital atau di kedai mamak untuk luangkan masa sambil kongsi cerita sepanjang isterinya di Hospital Ampang.

Aku kuatkan diri pergi ke Hospital lalu sekali lagi airmata aku mengalir apabila Freddie memeluk aku sambil menangis. Aku punya nak tunjuk Hero, tak menjadi apabila pipi aku turut basah dengan airmata. Aku RESPECT kepada Freddie dan isteri kerana begitu tabah menghadapi ujian yang diberi. SALUTE!

Bayi telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Lukut, Port Dickson selepas Isyak. Bayi tersebut ialah Adam Muhammad bin Mohamad Freddie. Uncle sentiasa merinduimu, Adam Muhammad. Al-Fatihah :(

kubur


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images